Tan Sri Palat.

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka…Jom Terjah!

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh… sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ………… ……… ……… ……… ……..

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar.

Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:

1. Raja Berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak Istimewa Orang Melayu
5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:

1. Pulang ke negara asal
2. Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British.

Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa Melayu punya hak untuk keluarkan
mereka dari Negara Malaysia…

Terus tularkan

Keri’s.

`ADAB BERKERIS :
~~~~~~~~~~~~

Edit Roujin d’Umi
27 Oktober 2020

1] `ADAB MENGHUNUS KERIS :

KALAU mencabut keris, jangan cabut separuh, kena cabut habis dari sarungnya.

Kalau di depan ada musuh, maka pulangnya keris haruslah berdarah, jangan kosong sebab di situlah semangat senjata seperti keris.

Kalau keris dicabut separuh ianya ibarat kita teragak-agak jika berada di depan musuh kelak. Kita akan teragak-agak untuk mencabutnya dan menumpaskan musuh.

Begitulah `ADAB BERKERIS
Bangsa MELAYU.

Keris bukanlah sesuatu untuk dibuat main-main, bukan untuk dibuat gempar atau sekadar mengacah-ngacah … Sekali sudah keluar, pastikan pulangnya bersama darah.

Jika tidak mahu digunakan, jangan dicabut dari sarungnya, kecuali untuk dimandikan atau dilangirkan … Orangtua-tua dahulu tidak buka keris sesuka hati sampailah bila ianya diperlukan.

KERIS bukan untuk ditunjuk-tunjuk, bukan untuk ditayang-tayang dan bukan untuk dipertontonkan sesuka hati, atau untuk bermegah-megah dengan keris yang kita ada.

Zaman dahulu Keris hanya dimandikan atau dilangir dengan limau nipis setelah ia pulang bersama darah bagi menggelakkan ia berkarat dan matanya rosak serta mengasapkan dengan kemenyan untuk menghilangkan bau hanyir darah.

NAMUN zaman dahulu tidaklah sama dengan zaman sekarang, kerana dahulu adalah zaman yang sentiasa dalam situasi perang. Tetapi se eloknya kita kekalkanlah “Adab Berkeris” yang diwariskan oleh tok nenek moyang kita. Kerana ianya bukanlah sekadar senjata, tetapi adalah “senjata warisan” bangsa Melayu yang penuh ber`adab dalam segala hal.

NAMUN, jika dalam urusan jual beli tidaklah mengapa sebab kalau tidak dibuka keris macam mana kita nak tengok bilah keris itu kan?

Jadi lepas ni kalau nak buka keris, “Bismillah & Selawat” dan tarik keris tu keluar habis dari sarung, kemudian tegakkan mata keris mengarah ke langit sebagai isyarat meng-ESA-kan ALLAH (Kapitayan : Sang Hyang Tunggal).

Kita kekalkan Adab Keris ni sehingga ratusan/ribuan tahun ke hadapan.

Burung Helang Senjata Di paruh,
Terbang Tinggi Ke Tanah Seberang,
Pantang Keris Dicabut Separuh,
Pantang Mengalah Di Medan Perang;

Sekali melangkah,
Berundur bererti patah,
Kecuali menyusun Langkah,
Dengan Izin-NYA InsyaaALLAH.


2] GURINDAM MELAYU :
~~~~~~~~~~~~~~

Dalam hutan menebang kayu,
Kayu dibuat si kandang angsa,
Ini dia persatuan orang Melayu,
Salam takzim satu hati satu rasa;

Indah lembayun di tengah malam,
Sinar terang tumpah meruah,
Bicara Melayu sudah pasti Islam,
Adat bersendi Syara`,
Syara` bersendi Kitabullah.


3] INFO Tambahan 1 :

Cuba perhatikan hulu keris di dalam gambar tersebut, ianya menghala kehadapan, itu bermakna mereka dalam keadaan siap sedia untuk bertarung ataupun sedang berhadapan dengan musuh.

[Mungkin yang mengambil gambar ini adalah Penjajah Hindia-Belanda. Sebab itulah hulu keris mereka dibalikkan kehadapan].

Kecuali, kerana menyatakan adanya BAHAYA, atau hadirnya Petualang yang berTalam Dua Muka (Adanya Pengkhianat di dalam selimut) …

Jika menghadap Sultan ataupun para Pembesar Istana hulunya dibalikkan ke arah belakang (arah ke badan). Begitulah `adab berkeris Melayu.


4] INFO Tambahan 2 :

Cuba perhatikan `Adat Isti`adat Raja-Raja Melayu (Islam) Nusantara ketika Isti`adat Pertabalan.

Menghunus keris ke langit dan mengucupnya dengan ucapan kalimah, “Laa ilaaha illallah” adalah sebagai isyarat Raja-Raja Melayu dan rakyatnya meng-ESA-kan ALLAH SWT.

#WaRisaNBaNGsa
#PencintaDuniaKetenteraanPertahanan

Sumber Kredit :
#SyedMohdNazrulikram