Keri’s.

`ADAB BERKERIS :
~~~~~~~~~~~~

Edit Roujin d’Umi
27 Oktober 2020

1] `ADAB MENGHUNUS KERIS :

KALAU mencabut keris, jangan cabut separuh, kena cabut habis dari sarungnya.

Kalau di depan ada musuh, maka pulangnya keris haruslah berdarah, jangan kosong sebab di situlah semangat senjata seperti keris.

Kalau keris dicabut separuh ianya ibarat kita teragak-agak jika berada di depan musuh kelak. Kita akan teragak-agak untuk mencabutnya dan menumpaskan musuh.

Begitulah `ADAB BERKERIS
Bangsa MELAYU.

Keris bukanlah sesuatu untuk dibuat main-main, bukan untuk dibuat gempar atau sekadar mengacah-ngacah … Sekali sudah keluar, pastikan pulangnya bersama darah.

Jika tidak mahu digunakan, jangan dicabut dari sarungnya, kecuali untuk dimandikan atau dilangirkan … Orangtua-tua dahulu tidak buka keris sesuka hati sampailah bila ianya diperlukan.

KERIS bukan untuk ditunjuk-tunjuk, bukan untuk ditayang-tayang dan bukan untuk dipertontonkan sesuka hati, atau untuk bermegah-megah dengan keris yang kita ada.

Zaman dahulu Keris hanya dimandikan atau dilangir dengan limau nipis setelah ia pulang bersama darah bagi menggelakkan ia berkarat dan matanya rosak serta mengasapkan dengan kemenyan untuk menghilangkan bau hanyir darah.

NAMUN zaman dahulu tidaklah sama dengan zaman sekarang, kerana dahulu adalah zaman yang sentiasa dalam situasi perang. Tetapi se eloknya kita kekalkanlah “Adab Berkeris” yang diwariskan oleh tok nenek moyang kita. Kerana ianya bukanlah sekadar senjata, tetapi adalah “senjata warisan” bangsa Melayu yang penuh ber`adab dalam segala hal.

NAMUN, jika dalam urusan jual beli tidaklah mengapa sebab kalau tidak dibuka keris macam mana kita nak tengok bilah keris itu kan?

Jadi lepas ni kalau nak buka keris, “Bismillah & Selawat” dan tarik keris tu keluar habis dari sarung, kemudian tegakkan mata keris mengarah ke langit sebagai isyarat meng-ESA-kan ALLAH (Kapitayan : Sang Hyang Tunggal).

Kita kekalkan Adab Keris ni sehingga ratusan/ribuan tahun ke hadapan.

Burung Helang Senjata Di paruh,
Terbang Tinggi Ke Tanah Seberang,
Pantang Keris Dicabut Separuh,
Pantang Mengalah Di Medan Perang;

Sekali melangkah,
Berundur bererti patah,
Kecuali menyusun Langkah,
Dengan Izin-NYA InsyaaALLAH.


2] GURINDAM MELAYU :
~~~~~~~~~~~~~~

Dalam hutan menebang kayu,
Kayu dibuat si kandang angsa,
Ini dia persatuan orang Melayu,
Salam takzim satu hati satu rasa;

Indah lembayun di tengah malam,
Sinar terang tumpah meruah,
Bicara Melayu sudah pasti Islam,
Adat bersendi Syara`,
Syara` bersendi Kitabullah.


3] INFO Tambahan 1 :

Cuba perhatikan hulu keris di dalam gambar tersebut, ianya menghala kehadapan, itu bermakna mereka dalam keadaan siap sedia untuk bertarung ataupun sedang berhadapan dengan musuh.

[Mungkin yang mengambil gambar ini adalah Penjajah Hindia-Belanda. Sebab itulah hulu keris mereka dibalikkan kehadapan].

Kecuali, kerana menyatakan adanya BAHAYA, atau hadirnya Petualang yang berTalam Dua Muka (Adanya Pengkhianat di dalam selimut) …

Jika menghadap Sultan ataupun para Pembesar Istana hulunya dibalikkan ke arah belakang (arah ke badan). Begitulah `adab berkeris Melayu.


4] INFO Tambahan 2 :

Cuba perhatikan `Adat Isti`adat Raja-Raja Melayu (Islam) Nusantara ketika Isti`adat Pertabalan.

Menghunus keris ke langit dan mengucupnya dengan ucapan kalimah, “Laa ilaaha illallah” adalah sebagai isyarat Raja-Raja Melayu dan rakyatnya meng-ESA-kan ALLAH SWT.

#WaRisaNBaNGsa
#PencintaDuniaKetenteraanPertahanan

Sumber Kredit :
#SyedMohdNazrulikram

Leave a Comment